Karnival Komuniti LRTSB 2026

3 Oktober 2026
Padang Astaka Bandar Ceneh Baru

Info

Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd akan mengadakan Karnival Komuniti LRTSB 2026 pada 3 Oktober 2026 bertempat di Padang Astaka Bandar Ceneh Baru. Edisi kali ini membuka peluang kepada peserta dari seluruh Malaysia dalam acara Fun Run dan Brisk Walk. Sertai beramai-ramai bagi memeriahkan edisi kali ini. Pelbagai hadiah cabutan bertuah bernilai RM15,000 keseluruhan menanti peserta yang bertuah. Jumpa anda disana..

Tentatif Program

Larian Komuniti/Briswalk :Padang Astaka
Tarikh : 3 Okt 2026 | Masa : 7:00pagi

Mewarna : Dewan Semai Bakti Felda Neram II
Tarikh : 3 Okt 2026 | Masa : 7:00pagi- 10.00 pagi

Memasak : Padang Astaka
Tarikh : 3 Okt 2026 | Masa : 7:00 pagi

Tarik Tali, Basikal Lambat : Padang Astaka
Tarikh : 3 Okt 2026 | Masa : 9:30 pagi

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah : Padang Astaka
Tarikh : 3 Okt 2026 | Masa : 11:00 pagi

Pengambilan Kit Larian Komuniti

Ibu Pejabat LRTSB
Tarikh : 1 Okt 2026 | Masa : 9:00pagi- 6:00ptg

Dewan Semai Bakti Felda Neram II
Tarikh : 2 Okt 2026 | Masa : 9:00pagi- 12.00 tghari

Padang Astaka Ketengah, Cheneh Baru
Tarikh : 2 Okt 2026 | Masa : 3:00 petang - 6:00 ptg

Fun Run 6KM Terbuka Lelaki dan Veteran Lelaki

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Terbuka Lelaki berumur dari 18 tahun hingga 44 tahun manakala kategori Veteran Lelaki berumur 45 tahun dan ke atas.

Tarikh tutup : 16 September 2026

Brisk Walk 3.0KM

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira had umur dan jantina

Tarikh tutup : 16 September 2026

Fun Run 6KM Terbuka Wanita dan Veteran

Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia.Syarat umur bagi kategori Terbuka Wanita adalah berumur 18 tahun hingga 39 tahun manakala kategori Veteran Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.

Tarikh tutup : 16 September 2026

Fun Run 6KM Lelaki dan Perempuan (Pelajar sekolah menengah Zon C Air Putih)

Penyertaan dibuka kepada Pelajar sekolah menengah di lokaliti Zon C DUN Air Putih Kemaman, Terengganu.

Tarikh tutup : 16 September 2026

Pertandingan Mewarna Murid Sekolah Rendah

Penyertaan hanya untuk murid SK Cheneh Baru, SK Cheneh Baru II dan SK Cherul sahaja. Pendaftaran adalah melalui pihak sekolah yang dinyatakan.